Wednesday, December 12, 2012

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan

1) buah - untuk benda yang tidak tentu bentuk atau jenisnya


    Contoh: kereta, buku, negara, almari, lori, bandar


2) orang - untuk manusia


    Contoh: guru, doktor, murid


3) ekor - untuk haiwan


    Contoh: harimau, singa, kucing


4) batang - untuk objek yang berbentuk panjang


    Contoh: pensel, sungai, kayu


5) helai - untuk benda yang lebar, nipis dan lembut


    Contoh: kain, baju, kertas, daun


6) biji: untuk benda-benda yang kecil atau bulat


    Contoh: gula-gula, butang, guli, pinggan



Latihan
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai.

1. Adik makan se(keping, bentuk) roti sebelum pergi ke sekolah.


2. Ibu membeli se(ketul, helai) baju di pasar malam.


3. Se(buah, sikat) kamus Bahasa Melayu berharga RM45.


4. Se(biji, ekor) harimau terjatuh ke dalam perangkap yang dipasang oleh pemburu.


5. Di belakang rumah nenek saya ada se(batang, helai) sungai.



Sunday, December 9, 2012

Isi tempat kosong

Latihan

(A)Isi tempat kosong

Kita perlu makan makanan seimbang. ...............................penting untuk kesihatan. Kita perlu akan karbohidrat untuk..........................................  ........................................... Protein pila membantu ....................................   .................................... kita. Vitamin juga penting untuk.......................................  ..............................................


(B) Lengkapkan yang berikut

1. nasi, ubi kayu, ubi kentang
kategori makanan: ..........................................................

2. susu, udang, ayam
kategori makanan: ..........................................................

3. sawi, belimbing, bayam
kategori makanan: ............................................................


(C) Pilih jawapan yang betul

1. Kita mesti ( menjaga , menjual ) kesihatan.

2. Kamu harus ( membalut , mencuci ) buah jambu itu sebelum makan.

3. Nasi dan mi ( membuat , memberi ) tenaga kepada kita.

Saturday, December 8, 2012

Baca & lengkapkan ayat

Latihan

Baca dan lengkapkan ayat.

Nama kawan saya Biki.
Umurnya tujuh tahun.
Dia berasal dari Kuching.
Biki jiran baharu saya.
Dia suka bermain bola sepak.
Dia baik hati.


Nama saya................................................
Nama ayah saya..........................................
Nama ibu saya.............................................
Umur saya......................................
Saya suka main.................................................
Nama sekolah saya .....................................................................

Kata kerja

Latihan

Senaraikan kata kerja

 Hujan akan turun. Angin bertiup. Pokok kelapa bergoyang. Laut berombak. Kanak-kanak berhenti mandi. Kanak-kanak berjalan ke arah ibu. Kakak berkemas sebelum pulang.

1...................................
2...................................
3...................................
4...................................
5..................................
6..................................

Susun, tulis & baca

Latihan

Susun, tulis dan baca.

1. nyanyi / lagu kanak-kanak. / Kami
.........................................................................................................

2. tiup seruling. / Saya / pandai
..........................................................................................................

3. dengan lancar. / bercerita / Kamu
..........................................................................................................

4. bersenam. / Kita / perlu
...........................................................................................................

5. bernyanyi. / Awak / sangat pandai
..........................................................................................................

Friday, December 7, 2012

Jalur Gemilang

1. Nama bendera negara kita Jalur Gemilang
2. Latar pada bulan dan bintang berwarna biru.
3. Jalur Gemilang ada empat warna, iaitu biru, kuning, merah dan putih.
4. Bucu bintang Jalur Gemilang berjumlah empat belas.
5. Jalur Gemilang selalu dikibarkan di sekolah.

Bina ayat

Latihan

Bina ayat.

1. bangun awal
..........................................................................................................................................

2. membersihkan diri
..........................................................................................................................................

3. sarapan dengan keluarga
..........................................................................................................................................

4. dataran merdeka
.........................................................................................................................................

5. pertunjukan udara
.........................................................................................................................................

 Perdana Menteri Malaysia

 Perdana Menteri Malaysia
Tunku Abdul Rahman Putra al-haj
Bapa Kemerdekaan


Tun Abdul Razak Hussein
Bapa Pembangunan


Tun Hussein Onn
Bapa Perpaduan


Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan Malaysia


Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan


Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Membajak sawah


Encik Azmi membajak sawahnya.
Enzik Azmi menggunakan jentera pembajak.
Enzaik Azmi mengambil masa yang singkat untuk menyaipkan kerjanya.



Encik Mat membajak sawahnya.
Encik Mat menggunakan kerbau.
Encik Mat mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerjanya.

Kereta keluarga saya

Kereta keluarga saya

Aku sebuah kereta. Nama aku Proton Waja. Warna aku hitam. Aku dan kawan-kawan aku diletakkan di bilik pameran.

     Aku dijual kepada seorang pemuda pada suatu hari. Tuan baharu aku bernama Chee Keong. Dia menjaga aku dengan baik. Dia mencuci badan aku pada setiap hujung minggu. Badan aku sentiasa bersih.

     Aku sangat gembira. Aku sayang akan tuan aku.

Kata adjektif

Kata Adjektif

Bunga raya berwarna merah. Bunga raya tumbuh mekar di taman.


Burung terbang tinggi di langit. Langit berwarna biru.


Bunga matahari berwarna kuning. Bunga matahari sangat cantik.


Lalang itu hijau. Lalang itu tumbuh di tanah terbiar.

Ayat tunggal & ayat majmuk

Ayat tunggal

1. Ben Li melawat ke Tugu Negara.
    Mizi melawat ke Tugu Negara.             (dan)

2. Tugu Negara ada di Kuala Lumpur.
    Tugu Peringatan Negara ada di Kuala Lumpur.              (atau)

3. Patung paling atas tidak memegang senjata.
    Patung paling atas memegang bendera.                 (tetapi)




Ayat majmuk

1. Ben Li dan Mizi melawat ke Tugu Negara.

2. Tugu Negara atau Tugu Peringatan ada di Kuala Lumpur?

3. Patung paling atas tidak memegang senjata tetapi memegang bendera.

Dengar dan sebut

Dengar dan sebut

 

1.Buah laici manis.

2.Nora minum jus limau.

3.Mei Li makan kuih cakoi.

4.Puan Devi pakai rantai tangan.