Wednesday, December 12, 2012

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan

1) buah - untuk benda yang tidak tentu bentuk atau jenisnya


    Contoh: kereta, buku, negara, almari, lori, bandar


2) orang - untuk manusia


    Contoh: guru, doktor, murid


3) ekor - untuk haiwan


    Contoh: harimau, singa, kucing


4) batang - untuk objek yang berbentuk panjang


    Contoh: pensel, sungai, kayu


5) helai - untuk benda yang lebar, nipis dan lembut


    Contoh: kain, baju, kertas, daun


6) biji: untuk benda-benda yang kecil atau bulat


    Contoh: gula-gula, butang, guli, pinggan



Latihan
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai.

1. Adik makan se(keping, bentuk) roti sebelum pergi ke sekolah.


2. Ibu membeli se(ketul, helai) baju di pasar malam.


3. Se(buah, sikat) kamus Bahasa Melayu berharga RM45.


4. Se(biji, ekor) harimau terjatuh ke dalam perangkap yang dipasang oleh pemburu.


5. Di belakang rumah nenek saya ada se(batang, helai) sungai.



7 comments:

  1. Blog Cikgu Yap ada kemajuan...
    Maklumat dan latihan yang sesuai.
    Kambateh o!

    ReplyDelete
  2. Fong Shien, terima kasih atas tunjuk ajar kamu, saya juga berasa gembira kerana terdapat kemajuan ....

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana berkongsi maklumat... harap berusaha lagi..

    ReplyDelete
  4. penjodoh bilangan ini sesuai bagi murid tahun 1

    ReplyDelete
  5. Sama-sama, Cikgu Yap. Kami belajar bersama-sama...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh untuk kami yang kekurangan dapat
    menimba pelbagai pengalaman bersama.

    ReplyDelete